Kamis, 02 Juli 2015

Sejarah Ayutthaya Kerajaan Islam Melayu Yang Dihilangkan Dari Sejarah

Sejarah Digelapkan (Kejatuhan Ayuthaya , Kerajaan Siam-Islam-Melayu)

Salam dan selamat bersua kembali, sudah agak lama menyepi. Sepi bukan bereti tidak peduli tapi memberi ruang agar sesuatu mampu terbentuk, sesuatu yang dinamakan rindu. Kali ini dikongsi-kan mengenai mengapa kerajaan melayu-siam diserang oleh ‘THAI” sehingga-kan dijarah tanah bertuah ini dan dimusnahkan segala kota tingalan sejarah. Kisah kali ini lebih berkisar daripada nukilan ana-anai yang mana banyak merujuk undang-undang kedah walaupun banyak pertikaian berlaku sebelum ini diantara penkaji diluar dan anai-anai namun pendapat yang berdasar satu manuskrip penting (Undang-Undang Kedah) diambil kira oleh pihak kami.

Kelemahan Islam di China selepas kejatuhan Dinasti Yuan dan Ming (1368-1644M) juga menaikkan semangat Sukhothai Buddha untuk menjajah Kerajaan Siam Ayutthaya Islam pada 1767. Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Maka 3 kerajaan Islam jatuh ke tangan bangsa Buddha yang mana sebelum Ayutthaya dijajah Arakan telah menjadi mangsa mereka yang pertama. Rentetan daripada kemengan pertama ini mereka membuak2 ingin menjarah tanah Islam.

Segalanya dikatakan bermula apabila seorang raja dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet. Mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736, bermula secara baik, bangsa Thai memasuki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayuthia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah masih lagi memerintah (Undang-Undang Kedah muka surat 16 dan 17) sebagai  Syah Alam Yang Maha Mulia dan bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.

Bukti sejarah mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Kerajaan Buddha Lannathai dari bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan Ayutthaya pada 7 April 1767. Aluangphaya ini dikatakan berasal dari Burma, namun dikatakan beliau  bukannya dilahirkan di Burma tetapi kesan daripada Kerajaan Islam Toung Oo, Burma ditawan oleh Sukhothai dalam tahun 1757/8 dan mereka  bertapak disana, dengan itulah mereka dikatakan berasal dari Burma. Sebelum menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma (ini bekemungkinan Arakan), mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lannathai di Luang Phrabang, di sempadan Laos. Mereka cuba menyerang Chieng Mai namun gagal kerana terdapat banyak orang-orang islam disana termasuk orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu dan orang-orang China Islam. Cerita yang dikongsikan oleh anai2 ini ade dirujuk silang di wiki cume mungkin beda dari segi name tempat( beza ikut bahasa) boleh baca disini

Di Burma ketika itu diperintah oleh anakanda Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Ayuthia(Yg Dipertuan Agong Benua Islam Siam dr Ayuthia ke Borneo) yakni Sharif Yang Di Pertuan (masih muda dan baginda memerintah di Toung Oo dan disana baginda bergelar Mahadammayaza, dari bahasa Arab bermaksud, ‘raja dari berlainan darah’ Berikutan serangan itu Mahadammayaza berundur ke Ayuthia dan di sana baginda digelar sebagai Boromoraja Ekataat V. Rentetan serangan diBurma ini lah yang membawa kepada serangan di Ayuthia (memburu gologan bangsawan dari Burma yang berundur). Baiklah kejayaan Raja Aluangphaya ini menawan Ayutthaya  sedikit sebanyak adalah dibantu dengan berpaling tadahnya General tentera Ayutthaya yang bernama Hussein, Hussein telah dilantik oleh menjadi pemerintah Ayuthia bergelar Phya Tak Sin pada 28 Dis 1767. ‘Phaya Tak’ adalah gelaran sahaja semasa menjadi raja daerah dan Sin adalah ringkasan bagi nama sebenarnya, Hussein (nama penuh Mokhtar Hussein). Apabila menjadi Raja Ayuthia yang baru, Phaya Tak Sin tidak menyerang Ligor dan meluaskan kuasa empayarnya kerana tahu mantan Maharaja Ayuthia, Boromoraja Ekataat V tidak dibunuh dalam serangan tahun 1767 dan masih bersemayam di Ligor.

Baiklah kembali kepada persoalan asas mengapa belakunya serangan pertama keatas Burma atau lebih tepat kerajaan Islam Toung Oo dalam tahun 1757/8? Faktor pertama, serangan ini dimulakan berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Ayuthia yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi (rujuk Undang-Undang Kedah). Faktor kedua sudah pasti perkembangan agama dan faktor ketiga pengluasan kawasan penjajahan menjamin pulangan perdagangan yang lumayan. Faktor perkembangan agama disokong oleh Dr. Jacques P. Leider seabad kemudian dalam tulisannya bertajuk Arakan around 1830 – Social Distress and Political Instability in the Early British, matlamat agama iaitu agenda mengintegrasikan antara Buddha-Islam adalah antara agenda penting penjajahan Burma ke Arakan. Malah Sami Buddha juga terlibat dalam usaha untuk menyatukan semua agama di bawah Buddha.


Rasanya akan ada pembaca yang mula pening apabila penggunaan Arakan dan Burma digunakan disitu. Biarkan seketika perkara itu, abaikan dahulu. Pada 6 April 1782, Phya Tak Sin telah dikhianati dan  digulingkan oleh Generalny juga iaitu Yot Fa Chulalok (dari Luang Phrabang) yang tidak berpuas hati akan tindakannya. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia membunuh Phya Tak Sin dan melantik dirinya sendiri menjadi Raja Siam Buddha Dinasti Chakri yang pertama bergelar Rama I. Dari tarikh tersebut bermula usaha mereka untuk meluaskan kawasan, dan mengambil kembali kawasan jajahan Siam yang telah hilang. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan etnik Melayu dari rumpun Siam Islam lantas menutup ketamadunan Islam di nusantara. Akan tetapi mereka lupa semasa jajahan Siam dahulu, maharajanya beragama Islam, sementara raja-raja dinasti Chakri ini beragama Buddha menyebabkan raja-raja Siam Islam di wilayah selatan semenanjung tidak mahu tunduk kepada mereka, kecuali pembelot yang tamak.

Apabila Rama I mengambil alih pemerentahan dalam tahun 1782, Syarif Yang Di Pertuan telah kembali ke Kedah dan bersemayam di Istana Kota Meang Kuang yang baru saja siap dibina. Pada ketika itu Kedah masih lagi luas dan besar kawasannya, bermula dari Segenting Kra dan diperentah oleh Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam. Bukti status baginda sebagai pemerentah ada tercatit di muka surat 43, Undang-Undang Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005, Transliterasi Teks Penyenggara Mariyam Salim.

Penkhianatan sekali lagi berlaku dalam sejarah Negara Islam Siam apabila Pada tahun 1812, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dilantik menjadi hulubalang oleh Syarif Yang Di Pertuan bagi membantu mengusir tentera Raja Buddha Burma di Pulau Salang di Pho Kheag (hari ini, Phukhet), Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah belot kepada Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. dengan memberi bantuan kepada tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai untuk membunuh Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah, Syarif Yang Di Pertuan di Istana Kota Meang Kuang. Lokasi sebenar Kota Meang Kuang telah di bocorkan oleh beliau (dan Tengku Anum) dan serangan thai dari negeri Siam dilakukan secara serang hendap (lihat “Sejarah Kedah Sepintas Lalu”, Haji Ibrahim Ismail).

Maka berakhirlah sejarah pemerintah terakhir kerajaan Siam (Ayuthia), Syarif Yang Di Pertuan adalah raja yang ke 33 dan. Apa yang menareknya daripada 33 raja yang memerintah Ayuthia hanya 3 makam sahaja berada di Ayuthia dan makam yang laen bukan dimusnahkan namun berada di negeri mereka masing2 yang mana pada waktu ini system pengiliran raja dijalankan sepertimna system yang sama digunpakai oleh  Malaysia diwaktu ini  bagi  melantik Yang Dipertuan Agung(sebenarnya model pengiliran Sultan yang digunapakai adalah tradisis lama yang telah diterapkan oleh pemerintahan kita sejak dahulu lagi).

Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak tantera sukothai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan “Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.

‎Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.

Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi kota paling makmur dengan urusan perdagangan dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi,Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan menakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.

Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.

Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengan konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.

Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca dibuku-buku sejarah.

Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya.Para pengkaji juga menemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding runtuhan kota.Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan hasil kajian.

Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.

Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan secara terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan beliau mengenai Ayutthaya ialah:

-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan beragama Islam.

-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.

-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.

-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.

-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.

-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul) Islam berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan Moghul itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-raja Siam Ayutthaya.

-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu dan diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.Mereka memakai gelaran 'Nai'.

-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini mengenali antara satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal dengan gelaran 'Nai'.

-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakan semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal Selat Melaka.

-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui sistem giliran.

-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya ini ada bukti yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai sendiri,malah sumber Perancis).

-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.

-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi dari buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun Musuh Bisik'.

Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah.Penulis blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain seperti Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari dengan Undang-undang Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.

Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:

Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)

Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)

Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)

Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)

Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)

Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

Sukhothai Dynasty (1569-1629)

Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)

Prasat Thong Dynasty (1630-1688)

Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)

Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)

Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)

Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang mendakwa waris dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.

Kerajaan Ayutthaya Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma

-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)

-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN 1369 – 1395)

-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 - 1388)

-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)

-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)

-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 – 1424)
RAJA TOUNG OO

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)

-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)

-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)

-RATSADA (1533 - 1547)

-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)

-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)

-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)

-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA YIN NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -1530)

-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)

-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)

-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)

-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)

-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)

-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 – 1655)

-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)

-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)

-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)


-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA 1656 - 1688)

-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)

-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)

-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)

-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku Undang-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -Raja Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)

Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?

Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun saya cuba untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis yang sah,iaitu manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.

Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan beberapa nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan ramai lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?

SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-TEMURUN.

Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris seperti R.O Winsted dan Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN BANGSA ASING.

Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina (Benua Siam),cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari seseorang kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perlu dengar dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah menguasai wilayah Thailand pada hari ini?

Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti orang Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di Benua Siam lama sebelum orang Khmer naik memerintah Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-raja Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi kaum pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat sahaja apa yang terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang menakjubkan itu.Jika mampu membina pagoda besar dari emas,bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-raya,hari ini menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yang terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.

Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil iktibar dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa musuh-musuh menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.

Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu 'KERA',ya...haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.
(dipetik dari Ibnu Rusydi)

Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki orang Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang hanya wujud di semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang Khmer belajar menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!

Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu Patani yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.

Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap berkata,

"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah seluruh semenanjung dahulu"

Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi Maharaja Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo (ya,saya setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai makamnya),jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah sama sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau' atau 'berdarah naga' sekalipun.

Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long Kassim menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-anai melenting sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu semua sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang hutan yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu' rapat Anai-anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimana sengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera secara moden bermula pada tahun 1884 selepas penemuan sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang Melayu yang nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam' ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebut warisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidak boleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah dapat bersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.

Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan Ayutthaya juga!

Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah begitu obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia didakwa berasal dari perkataan Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan 'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.

'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah pokok mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.

Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan berasal dari perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.

Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan mitos seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai juga akan ketawakan anda.

Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu hanya berasal dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti 'bebelan' pengkritiknya,seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog lain (sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yang sama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan mengikut sahaja penipuan Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama sendiri,yang menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing duduk dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-ubah.Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap mengaku orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarang bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana beliau seorang pensyarah dan terpelajar.Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan dalam bidang sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah seolah-olah mengarang komik anime.

Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak harus dipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis blog itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di dalamnya.

Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam,dan bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai,Khmer,Melayu (Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan sebagainya.Para penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan Burma,yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila Burma datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota Ayutthaya untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang Thai menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan pengaruh Burma dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.

Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.

Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini kerana jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu misalnya,amat sukar memahami bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama akar budaya dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya faham dengan keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.

Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand diam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf belajar dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada orang Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini perangai Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam orang-orang India sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.

Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya terpaksa mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh melucukan dan bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil mereka sendiri.

Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu kota kerajaan Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.

Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang berulang-ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk lubang biawak dua kali.

Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk mengetahui kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.

Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan ini membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi di situ pada masa dahulu.

Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan warisan Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip Melayu.Istana Melayu direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang berjaya merebut binaan-binaan ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang Melayu yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik orang lain.Kaji Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji peradaban Funan yang membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan pintu dan tembok serta dikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah ditinggalkan orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lain sehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan Stamford Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek moyang mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.

Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang berpakat menyerang 'Langkasuka' adalah tentera Thai.Lihat,produser filem Thai amat menyanjungi warisan sejarah walaupun bekas musuh mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju dengan kota yang kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol disamping tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan penjajah Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini. 

Lihat filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makin berani menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-nama pembuat filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di sebalik nama-nama Thai mereka?

Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini kerja orang malas.

Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan misteri dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The Golden Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana sejarah hitam kerajaan Ayutthaya, begitulah juga akan terjadi kepada Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang jadi talibarut Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi yang menceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak boleh membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka, namun kita boleh bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur dan minta mereka menjawab dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada raja-raja Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.


Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang dikenalpasti berada di Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu nisan misteri ini,kita boleh bertanya kepada orang Thai,khususnya para penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....

Di manakah makam raja-raja Ayuthaya yang lain???

Tidak ada komentar:

Posting Komentar