Translate

Selasa, 28 Juli 2015

Sejarah Kesultanan Kedah dan Perkembangan Islam

Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah.

Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.

Sejarah pendirian Kesultanan Kedah belum diketahui secara pasti. Deskripsi sejarah tentang kesultanan ini yang baru dapat dilakukan adalah sebatas pada spekulasi tentang asal usulnya. Namun, yang pasti bahwa sejarah kesultanan ini bermula dari eksistensi Negeri Kedah yang telah lama berdiri sebelumnya. Berikut ini akan dibahas sejarah pembentukan Negeri Kedah terlebih dahulu sebelum masuk pada masa pendirian Kesultanan Kedah.

1. Masa Pembentukan Negeri Kedah

Diperkirakan, Negeri Kedah yang merupakan cikal bakal terbentuknya Kesultanan Kedah bermula dari pembentukan pelabuhan pada abad ke-5. Ketika pelabuhan maritim ini berkembang pesat, kawasan ini menjadi ramai karena letaknya yang strategis berada di tengah-tengah antara India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan China di sebelah timur. Negeri Kedah kemudian menjadi kota pelabuhan yang berkembang pesat, yang dikunjungi oleh para pedagang dari Arab, Parsi, China, Eropa, dan India.

Di wilayah ini terdapat sejumlah peninggalan prasejarah yang dapat dijadikan bukti adanya Negeri Kedah, yaitu berupa gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal nenek moyang prasejarah, seperti di Kubang Pasu, Kota Star, dan Baling. Di wilayah ini terdapat sebuah gunung yang sangat indah di pesisir pantai, yang dapat dilihat oleh para pelaut yang kebetulan menyusuri Laut Hindia.

Pada masa awal pembentukannya, Negeri Kedah banyak dipengaruhi oleh negeri serantau, seperti Negeri Funan dan juga kerajaan lainnya, seperti Kerajaan Sriwijaya. Institusi politik dan pemerintahan negeri ini pernah dipengaruhi oleh warisan agama Hindu dan Buddha dari India. Pengaruh dua agama tersebut sangat penting dalam awal mula pembentukan Negeri Kedah. Banyak masyarakat di negeri ini yang memeluk agama Hindu dan Buddha.

Masuknya Islam ke Negeri Kedah kemudian mempengaruhi institusi politik dan pemerintahan yang sudah mapan itu. Banyak penduduk di negeri ini yang telah memeluk Islam sejak abad pertama Hijriah. Bukti sejarahnya adalah banyaknya pedagang dari negeri Arab yang datang ke negeri ini. Pada abad ke-9 dan 10, banyak orang Islam di China yang melarikan diri ke Negeri Kedah untuk mencari perlindungan. Hal itu disebabkan karena adanya pemberontakan di Canton pada tahun 878 yang melibatkan para pedagang dari Arab. Bukti sejarah lain adalah ditemukannya batu nisan di Tanjung Inggris, Langgar, pada tahun 1962. Di nisan ini tercatat nama Sheikh Abdul Kadir Ibn Husin Shah Alam (Aliran), tanggal 29 Hijriah (651 Masehi) atau 290 H (920 M).

Sejak masuknya Islam ke Negeri Kedah terjadi pula proses Islamisasi terhadap sejumlah raja. Penulis-penulis istana pada saat itu banyak yang mencatat bagaimana proses pengislaman raja pertama di Negeri Kedah sebagai peristiwa yang sangat penting karena sebagai zaman baru Negeri Kedah. Dalam hal ini, ada dua versi yang berbeda tentang siapakah yang mengislaman Raja Kedah I. Menurut catatan al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, raja pertama di Negeri Kedah, Seri Paduka Maharaja Durbar Raja, telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad al-Qaumiri pada tahun 531 H (1136 M). Setelah memeluk Islam ia diberi nama baru, Sultan Muzaffar shah, dan Negeri Kedah dikenal sebagai Darul Aman. Sedangkan menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Syeikh Abdullah al-Yamani pernah ditugaskan oleh gurunya Syeikh Abdullah Baghdad untuk mengislamkan Raja Kedah pada saat itu, Raja Phra Ong Mahwangsa. Menurut cerita dalam hikayat ini, Syeikh Abdullah al-Yamani pernah tergoda oleh iblis selama dalam pengembaraannya. Iblis juga menggoda Raja Phra Ong Mahwangsa agar meminum arak. Syeikh Abdullah al-Yamani kemudian dapat mengatasi godaan iblis tersebut dan secara tiba-tiba ia berada di hadapan Raja Phra Ong Mahwangsa dan memintanya agar mau memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, Raja Phra Ong Mahwangsa bertukar nama menjadi Sultan Muzaffar Shah.

2. Masa Pembentukan Kesultanan Kedah

Tidak ada bukti jelas yang mengungkap fakta awal mula terbentuknya Kesultanan Kedah. Berdasarkan sumber-sumber sejarah tradisional Negeri Kedah yang ditulis pada masa Islam, kesultanan ini berdiri sebagai bentuk akulturasi budaya dalam negeri dengan pengaruh luar. Bentuk akulturasi yang sangat kentara adalah pertemuan budaya Arab-Islam dengan budaya masyarakat Melayu. Penulis-penulis istana cenderung memutus hubungan kebudayaan Hindu-Buddha yang datang dari India dengan langsung menarik garis akulturasi Arab-Islam dan Negeri Kedah. Namun demikian, pengaruh Hindu-Buddha tetap dianggap penting, terutama pada masa awal pembentukan Negeri Kedah.

Dalam sumber-sumber sejarah tradisional, disebutkan bahwa pembentukan Kesultanan Kedah tidak terlepas dari fenomena “manusia agung”, yang dianggap sebagai penggagas awal kesultanan ini. Hanya keturunan dari penggagas ini saja yang berhak menjadi sultan. Meski demikian, dalam proses suksesi kepemimpinan sering terjadi konflik dan perebutan kekuasaan karena berbagai faktor.

Ada dua versi perihal keturunan sultan Kedah, yaitu versi al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) yang disusun pada tahun 1928 dan versi Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Dato‘ Hj. Wan Shamsudin Mohd. Yusuf  mengatakan bahwa ASNK merupakan satu-satunya sumber buku yang memuat fakta sejarah Kesultanan Kedah dan dapat dipertanggungjawabkan. Apalagi, ASNK ditulis oleh anak negeri sendiri, yaitu Muhammad Hassan bin Dato‘ Kerani Muhammad Arshad. Menurut Dato‘ Hj. Wan Shamsudin Mohd. Yusof, HMM tidak bisa dijadikan sebagai sumber silsilah Kesultanan Kedah yang lengkap karena beberapa sebab. Sebab yang paling utama adalah bahwa HMM merupakan karya “historiografi” (sastra sejarah) yang sifatnya sama seperti karya-karya yang sejenis, seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Sulalatus-Salatin atau Sejarah Melayu. Karya-karya semacam itu tidak mementingkan pentarikhan atau tahun berlakunya suatu peristiwa. Meski adanya perbedaan dua sumber tersebut, di bawah ini akan dibahas bagaimana sejarah silsilah Kesultanan Kedah.

Pertama, menurut Hikayat Merong Mahawangsa, keturunan sultan Kedah dihubungkan dengan bangsa Rom. Penggagas kesultanan ini adalah Merong Mahawangsa yang pernah menaklukkan Maharaja Rom dan kemudian melangsungkan perkawinan dengan Puteri Maharaja dari China. Rombongan Merong Mahawangsa suatu ketika pernah diserang oleh sekelompok penjahat di perairan Kedah, sehingga menyebabkan dirinya terdampar di pantai. Dalam perkembangan selanjutnya, ia diangkat oleh masyarakat Negeri Kedah sebagai raja mereka.

Kedua, menurut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kesultanan Kedah memiliki hubungan dengan sebuah kerajaan di Parsi yang dikenal sebagai Kerajaan Gumarun. Penggagas pendirian Kesultanan Kedah adalah Maharaja Durbar Raja. Ceritanya, ia beserta sejumlah pengikutnya pernah melarikan diri dari Kerajaan Gumarun. Mereka melakukan pengembaraan melalui laut hingga tiba di Kedah. Rakyat Kedah kemudian mengangkat Maharaja Durbar sebagai raja mereka.

Di samping dua versi utama di atas, ternyata ada versi lain yang menghubungkan fenomena “manusia agung” ini dengan berdirinya Kesultanan Kedah. Mustafa Tam (1962), misalnya, menghubungkan Kesultanan Kedah dengan dinasti Maurya di India. Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana asal-usul silsilah Kesultanan Kedah dengan dinasti Maurya tersebut.  

Silsilah

Sebelum membahas tentang silsilah sultan-sultan pada masa Kesultanan Kedah, perlu dikemukakan terlebih dahulu silsilah para penguasa di Negeri Kedah, yang menjadi cikal bakal kesultanan nantinya.

1. Raja-raja pada Masa Negeri Kedah

Berikut ini akan dikemukakan daftar raja-raja yang pernah berkuasa di Negeri Kedah, meski belum ditemukan data tahun kekuasannya. Ada dua sumber yang berbeda tentang silsilah raja-raja di Negeri Kedah, yaitu, al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa.

A. Berdasarkan al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, daftar silsilah raja Negeri Kedah adalah sebagai berikut:

1- Maharaja Durbar Raja
2- Maharaja Druja Raja
3- Maharaja Maha Dewa
4- Maharaja Kerna Durja
5- Seri Paduka Maharaja Kerna
6- Seri Paduka Maharaja Dewa
7- Seri Paduka Maharaja Derma Raja
8- Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa
9- Seri Paduka Maharaja Durbar Raja

B. Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa, daftar silsilah raja Negeri Kedah adalah sebagai berikut:

1- Raja Merong Mahawangsa
2- Raja Merong Mahapudisat
3- Raja Seri Mahawangsa
4- Raja Seri Maha Inderawangsa
5- Raja Ong Maha Perita Deria
6- Raja Phra Ong Mahaputisat
7- Raja Phra Ong Mahawangsa

2. Sultan-sultan pada Masa Kesultanan Kedah

Berdasarkan silsilah sultan-sultan Kedah yang disusun oleh Tunku Fariddin Haji bin Tungku Mansor (1957), terdapat 27 sultan yang pernah berkuasa di Kesultanan Kedah. Namun menurut Dato‘ Wan Shamsudin Mohd. Yusuf, justru terdapat 28 sultan karena ia memasukkan nama Tunku Dhiauddin Raja Muda Kayang sebagai sultan (yang dalam catatan Tunku Fariddin hanya dimasukkan sebagai pemangku raja). 
Berikut ini adalah 28 sultan Kedah yang dimaksud, yaitu sebagai berikut:

1- Sultan al-Mudzaffar Shah I (1136-1179)
2- Sultan Mu‘adzam Shah (1179-1201)
3- Sultan Muhammad Shah (1204-1236)
4- Sultan Mazzil Shah (1236-1280)
5- Sultan Mahmud Shah I (1280-1321)
6- Sultan Ibrahim Shah (1321-1373)
7- Sultan Sulaiman Shah I (1373-1422)
8- Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1422-1472)
9- Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin I (1472-1506)
10- Sultan Mahmud Shah II (1506-1546)
11- Sultan Mudzaffar Shah II (1546-1602)
12- Sultan Sulaiman Shah II (1602-1625)
13- Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1625-1651)
14- Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1651-1661)
15- Sultan Dziauddin Mukarram Shah (1661-1687)
16- Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1687-1687)
17- Sultan Abdullah al-Mu‘adzam Shah I (1698-1706)
18- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I. Raja Bendahara sebagai Pemangku Sultan (1706-1709)
19- Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu‘adzam Shah II (1710-1778)
20- Sultan Abdullah Mukarran Shah II (1778-1797)
21- Sultan Dziauddin (1797-1803)
22- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1803-1843)
23- Sultan Zainal Rashid al-Mu‘adzam Shah (1843-1854)
24- Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879)
25- Sultan Zainal Rashid al-Mu‘adzam Shah (1879-1881)
26- Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943)
27- Sultan Badlishah (1943-1958)
28- Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah (1958-Kini)

Periode Pemerintahan

Kesultanan Kedah berdiri sejak tahun 1136 dan masih eksis hingga kini. Kesultanan ini mampu bertahan hampir sembilan abad. Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879), Kesultanan Kedah tercatat memasuki era pembangunan modern. Era ini masih berlanjut hingga kini. Salah satu sultan di Kesultanan Kedah ini yang pernah melakukan manuver unik adalah Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943). Di awal pemerintahannya, ia melakukan lawatan ke sejumlah negeri, seperti Thailand, India, Burma, dan Eropa. Tujuannya, tiada lain untuk memperluas cakrawala pengetahuannya tentang bagaimana membangun pemerintahan yang kuat dan maju.

Wilayah Kekuasaan

Belum ditemukan data yang menyebutkan bagaimana wilayah Kesultanan Kedah pada masa lampau. Data yang baru dapat diperoleh adalah data Kesultanan Kedah pada masa modern. Total luas wilayah Kesultanan Kedah pada masa modern adalah 9,425 km2 . Luas ini terbagi ke dalam 11 daerah, yaitu: Baling (1529 km2), Bandar Bahru (269 km2), Kota Setar (665 km2), Kuala Muda (923 km2), Kubang Pasu (948 km2), Kulim (765 km2), Langkawi (467 km2), Padang Terap (1357 km2), Pendang (626 km2), Sik (1635 km2), dan Yan (242 km2).

Struktur Pemerintahan

Dalam struktur pemerintahan Kesultanan Kedah, sultan mempunyai kekuasaan yang mutlak. Sultan memerintah berdasarkan Adat Temenggung dan hukum Islam. Kesultanan Kedah mempunyai empat kanun yang dijadikan sumber rujukan penting dalam pemerintahan kesultanan. Oleh R. O. Winstedt manuskrip empat kanun itu dikumpulkan dan dinamakan sebagai: Undang-Undang Pelabuhan 1650, Kanun Tambera Dato‘ Paduka Tuan, Hukum Kanun Dato Kota Star, dan satu lagi qanun(hukum) tentang adat kerajaan dalam hal pelantikan para pembesar dan adat meminang.

Ketika memerintah, sultan dibantu oleh para pembesar tradisional. Wakil sultan dalam pemerintahan adalah Raja Muda. Ia tidak harus berasal dari putra sultan. Meski Raja Muda tidak bakal jadi sultan, namun dalam tata kelola pemerintahan ia mempunyai kekuasaan yang agak luas. Para pembesar (elit) tradisional yang membantu pekerjaan sultan adalah pembesar di tingkat pusat dan tingkat daerah.

Di tingkat pusat, pembesar yang dimaksud memegang jabatan-jabatan sebagai bendahara, pembesar empat, pembesar lapan, pembesar enam belas, dan pahlawan hulubalang. Pembesar empat adalah Tumenggung (yang mengurusi urusan-urusan dalam negeri), laksamana (urusan keselamatan di laut), penghulu bendahari (urusan keuangan), dan syahbandar (urusan pelabuhan). Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III (1853-1879), banyak jabatan yang kemudian dihapuskan karena sultan itu hendak memusatkan kekuasaannya hanya di kalangan kerabat sultan saja. Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamis, jabatan bendahara, menteri, temenggung, dan lain-lain ditiadakan.

Sedangkan di tingkat daerah, sultan melantik pembesar yang bertanggung jawab dalam mengurus kawasan lembah sungai. Pembesar daerah diberikan otonomi sendiri, yaitu membentuk pemerintahannya sendiri dengan dibantu oleh sejumlah aparat daerah, termasuk pihak masyarakat. Pada tahun 1905, pemerintahan daerah telah dimodernkan. Pemerintah daerah kemudian lebih dikenal dengan sebutan pembesar jajahan, sebelum kemudian dikenal dengan istilah pegawai negeri.

Kehidupan Sosial-Budaya

Kehidupan sosial-budaya yang tercatat di bawah ini merupakan kehidupan masyarakat masa modern karena kehidupan sosial-budaya masa lampau tidak ditemukan datanya.

Mayoritas penduduk Kedah adalah etnik Melayu, dan sebagian di antaranya merupakan etnik Cina dan India. Berdasarkan data statistik terkini populasi Negeri Kedah pada tahun 2003 adalah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), bukan warganegara (35,293), dan lain-lain (27,532). Mata pencaharian mayoritas penduduk Kedah berasal dari pertanian, perindustrian, dan perkhidmatan.


Sejarah Perkembangan Islam Di Kedah

Zaman Pasca Islam

 Merong Mahawangsa

Angkatan Wakil kerajaan Rom yang diketuai Merong Mahawangsa belayar dari Rom ke China dalam misi meminang puteri Maharaja China dan mereka singgah di Goa untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pelayaran . Dalam pelayaran itu mereka diserang oleh pasukan Garuda (orang laut dari Koh Adang, Thailand) dan  melarikan diri ke sebuah pulau dan mendirikan penempatan sementara di sini .Pulau ini diberi nama Langkapuri ( Langkawi). Mereka seterusnya belayar menyeberang ke daratan Semenanjung Emas (Malaya) menyusuri Kuala Sungai Baboor (Sekarang dikenali sebagai Sungai Merbok) dan mendirikan penempatan tetap di Lembah Bujang melalui panduan dari Gunung Jerai dan bertapaklah kerajaan Kedah Tua dengan nama Langkasuka.
 
Merong Mahawangsa adalah dari susur galur keturunan Iskandar Zulqarnain bercantum dengan cucunda Rasullullah SAW iaitu Imam Hassan bin Ali bin Abi Thalib. Ini dipercayai perkahwinan Iskandar Zulqarnain dengan anak Raja Kida Hindi iaitu Puteri Shahrul-Bariah ketika baginda sampai ke Utara India dalam misi meluaskan pengaruh Empayar Rom. hasil perkahwinan itu mereka beroleh anak lelaki diberi nama Aristun Shah dan kemudiannya berkahwin dengan anak raja Turkistan dan memperoleh anak lelaki (cucu Zulqarnain) bernama Raja Aftus dan seterusnya galur itu sampailah kepada Merong Mahawangsa.
.
Siapa Raja Iskandar Zulqarnain???

Iskandar Zulkarnain seorang pemerintah agung dari Kerajaan Mecodenia( Romani) adalah datang dari galur keturunan Nabi Sulaiman A.S ( juga dipanggil Solomon dlm kitab Bible)  mengamalkan agama dari ajaran Nabi Ibrahim AS dan Nabi Khidir AS (Nabi Khidir masih hidup hingga kini sama seperti Nabi Allah Illiyas, wallahualam)  adalah gurunya yang mashyur. Baginda pernah "dimikrajkan" oleh Allah SWT melalui malaikat ketika berada di kota Iskandariah ketika baginda  buntu tentang haluan arah barat dan timur dalam misi memperluaskan empayar Rom ketika itu. Baginda juga bertanggungjawab dalam pembinaan tembok penghalang bagi memenjarakan makhluk ganas Yakjut & Makjut sebagaimana yang diceritakan dalam Al-Quran dalam surah ke 18 iaitu surah Al-Kahfi.
 
Merong Mahawangsa pulang kembali ke Rom setelah menabalkan putera sulungnya Raja Merong Mahapudisat yang menjadi Raja Siam yang pertama dan Negeri Langkasuka ditukar kepada Kedah Zamin Turan (Negeri Kalaha).
Putera kedua iaitu Raja Ganjil Sarjuna ditabal sebagai Raja Perak (Gangga Negara yang berpusat di Bruas) dan puteri bungsu ditabal sebagai Raja Patani yang pertama.

Putera bongsu iaitu Raja Seri Mahawangsamenggantikan tempatnya sebagai Raja Kedah Yang Kedua dan bermulalah tradisi menghantar bunga emas dan perak setiap kali Raja Siam mendapat putera sebagai tanda hormat kepada kekanda sulung baginda.
 
2-Sejarah Islam Di Kedah Darulaman & Keturunan Raja Bersiong
Sejarah kemasukan dan penyebaran agama Islam di Kedah bermula pada tahun 1136M ( pendapat sahih menyatakan tahun 1236M) apabila seorang pendakwah Arab iaitu Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri sampai di Kedah melalui Sungai Merbuk. Beliau berasal dari negeri Shahir di bawah pemerintahan Yaman.
 
>Raja Kedah ketiga iaitu Sri Paduka Maharaja Durbar Raja yang memerintah pada 1130M ( pendapat sahih mengesahkan baginda ditabal pada 3 Rabiulawal 627H hari Isnin bersamaan 1 Januari 1230M) adalah Raja Kedah yang pertama memeluk Islam pada tahun 1136M (pendapat sahih menyataka pada tahun 1236M @ 633H) melalui Sheikh Abdullah dan negeri Kalaha digantikan kepada Kedah Darulaman. nama baginda ditukar kepada Sultan Sulaiman Saidin iaitu nenda kepada Raja Bersiong.

Sultan Sulaiman Saidin memerintahkan Sheikh Abdullah membina masjid dan menara azan di puncak Gunung Jerai iaitu puncak tertinggi di negeri Kedah bagaimanapun beliau meninggal dunia sebelum menara itu disiapkan dan jasadnya disemadikan di sana dikenali sebagai Padang Tok Sheikh.
 
>Raja/Sultan Kedah keempat adalah putera sulung Sultan Sulaiman Saidin iaitu Raja Syahibul Khalid Abdullah (ayahanda kepada Raja Bersiong) mempunyai dua isteri yang salah seorang darinya adalah sepupunya dan beroleh 5 cahayamata iaitu 2 putera dan 3 puteri dari isteri pertama.Raja Bersiong adalah putera sulung dan adinda lelakinya bernama Raja Zulkarnain.
 
>Adik lelaki kepada Raja Syahibul Khalid Abdullah ( bapa saudara Raja Bersiong) iaitu Sultan Muhammad ibni Sultan Sulaiman Saidin membuka penempatan baru diLukut dan dilantik menjadi Raja Lukut yang pertama - dalam Negeri Sembilan sekarang.
 
>Raja Bersiong iaitu Raja/Sultan Kedah yang Kelima(Gelaran Raja Ong Maha Perita Deria @ Raja seri Maha Inderawangsa @ RJS ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah ) dilahirkan oleh bondanya Raja Alawiyah pada petang Jumaat tahun 642H/1244Mdengan penuh adat istiadat keislaman dan mula memerintah pada tahun 660H/1262M ketika berusia 18 tahun dan berkahwin dengan Tuan Puteri Kesuma Bidasari dan dikurniakan cahayamata seramai 13 orang tetapi 2 puteranya yang sulung dan kedua meninggal ketika berusia 10 tahun (Raja Kamarul Bahrin Hisyam Hudin - lemas dalam kolam mandi dalam istana) dan 4 tahun (Raja Kamaruzaman Hafidz - meninggal akibat penyakit ketumbuhan dalam badan-barah). Puteri bungsunya bernama iaitu Puteri Bongsu Haidatul Hidayah adalah puteri kesayangan baginda yang mempunyai rupa paras yang sangat rupawan tetapi ada sedikit kecacatan pada fizikalnya (berjalan agak tempang sedikit).
 
Raja Bersiong adalah seorang pemerintah yang warak dan ia ghaib sebaik sahaja melepaskan tahta kepada putera sulungnya pada tahun 1321M dipercayai sebagai Wali Allah berdasarkan kesungguhannya dan jasanya dalam mengembangkan agama Islam kepada rakyat jelata yang pada masa itu masih berpegang pada ajaran Hindu/Buddha.
 
Istana rasmi baginda terletak di Kota Mengkuangdalam Daerah Kubang Pasu.
Baginda juga mempunyai istana hinggap di Pulau Ukup atau Pulau Jemur (sekarang dipanggil Tukun Perak atau Pulau Kedah) terletak di antara Pulau Langkawi dan Pulau Pinang berhampiran perairan Indonesia.
 
>Raja/Sultan Kedah keenam adalah Putera ketiga Raja Bersiong iaitu Raja Phra Ong Mahapudisat (yang kelima dalam keluarga selepas dua orang kakaknya) dengan Nama Rasmi Islam sebagai Tengku Raja Hisyam Badrol Halim (TRHBH). Adinda saudara lelakinya bernama Raja Shuib Halim Shah (anak keenam dalam keluarga)
Baginda berkahwin dengan puteri kerabat Sultan Kelantan iaitu Wan Kesumatul Bariah Hidayah (ibunya bernama Hala Ayu Ana Malina atau terkenal dengan namaWan Empok adalah berasal dari kesultanan Kelantan yang lama)
 
Kelansungan galur pemerintahan Raja Bersiong tamat pada tahta yang keenam iaitu anaknya (Phra Ong Maha Mahapudisat - Gelaran  nama Siam @ TRHBH) apabilaPatih Gajah Mada dari Kerajaan Majapahit mengusirnya dari tahta kerana khuatir dengan pengaruh kerajaan Siam dan digantikan oleh putera sulung Raja Bharubhasa iaitu Raja Ibrahim (dengan gelaran Phra Ong Mahawangsa- gelaran dalam bahasa Siam) ditabalkan sebagai Raja/Sultan Kedah yang ketujuh bergelar Sultan Ibrahim Shah pada tahun1321M dan kelansungan sistem beraja Islam berjalan sehingga ke abad 20 Masehi.
 
Selepas berlakunya rampasan kuasa tersebut keluarga Tengku Raja Hisyam Badrol Halim dan adinda lelakinya Raja Shuib Halim Shah serta kaum keluarganya merantau ke Lukut dan Pulau Jawa di Bukit Ambun berhampiran Tasik Pawajanggi (sekarang dipanggil Purbakarta terletak di timur bandaraya Jakarta). Anak bungsu Raja Bersiong iaitu Puteri Bongsu Haidatul Hidayah mengikut bapa saudara Raja bersiong iaituSultan Muhammad ibni Sulaiman Saidin (Pemerintah kerajaan Lukut yang pertama) tinggal di Lukut .  Raja Long Alwi ibni Almarhum Raja Zulkarnain iaitu anak saudara Raja Bersiong yang masih bujang ketika itu juga mengikut sepupunya iaitu putera Raja Bersiong berhijrah ke Tanah Jawa.
 
Semasa tinggal di Tanah Jawa, Tengku Raja Hisyam Badrol Halim (putera ketiga Raja Bersiong) dan isterinya Wan Kesumatul Bariah Hidayah beroleh 3 orang cahayamata iaitu
1- Tunku Pengiran Shukri Shah - putera sulung
2- Tunku Pegiran Adnan Shah - keturunannya memerintah kerajaan berdaulat Brunei Darussalam sehingga sekarang
3- Tunku Melewar Malini - berkait rapat dengan kerajaan Lukut lama
 
Raja Long Alwi berkahwin dengan puteri raja dari Pulau Jambi iaitu Raja Halimah Saadiah binti Raja Baharuddin Iskandar dan dikurniakan 3 cahayamata iaitu Long Jamian, Long Hamidi dan Puteri Halifah Aizah. Raja Baharuddin Iskandar sebenarnya berasal dari Kedah sebelum berhijrah ke Pulau Jambi. Sepupu kepada Raja Halimah Saadiah iaiti Raja Maznun Mazni yang menjadi isteri pertama Hang Tuah masih tinggal di Kedah hingga ke akhir hayatnya.
 
Jasa Hang Tuah kepada Raja Bersiong
Dengan pertolongan Hang Tuah (nama sebenarnya A. S ) dan Panglima Hitam ( nama sebenarnya A J berasal dari Perak dan merupakan orang terawal membuka penempatan di Langkawi ) maka tiga batang siong yang tumbuh dari rahang Raja bersiong berjaya dibuang di suatu tempat bernama Singgora (sekarang dikenali sebagai Songkla, Thailand) dan hingga kini nama Gerbang Hang Tuah tercatat di pintu masuk Masjid Kresek di selatan Thailand sebagai tanda bukti kehadirannya di sana. Siong yang yang tumbuh itu adalah kerana baginda melanggar pantang larang atau sumpah janji yang terpatri dengan seorang Wali Songo yang memperturunkan ilmu kebatinan namun hasrat itu dibantah oleh ayahandanya kerana ilmu yang diperturunkan sangat tinggi dan tidak mampu dibawa oleh Raja bersiong lalu ditinggalkan amalan kebatinan itu pada peringkat separuh jalan sahaja dan disebabkan itu 3 batang siong tumbuh pada rahangnya ( 2 batang di atas dan satu batang di bahagian bawah).‎

Tidak ada komentar:

Posting Komentar