Translate

Selasa, 28 Juli 2015

Sejarah Kesultanan Perak Darul Ridzuan

Negeri Perak Darul Ridzuan ini sememangnya bertuah kerana mewarisi sejarah dan kegemilangan dua buah empayar Melayu yang terkenal iaitu empayar Sriwijaya dan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Umum mengetahui bahawa Parameswara yang menjadi pengasas empayar Melaka adalah berasal dari Palembang dan berketurunan dari pengasas empayar Sriwijaya.

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.

Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.

Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.

Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.

Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.

Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.

Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.

Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air. ZAMAN PRA SEJARAH Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).

Zaman Batu Lama (Paleolitik)
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.

Zaman Hoabinhian
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).

Zaman Batu Baru (Neolitik)
Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.

Zaman Logam (Metal Age)
Zaman ini ujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai ‘Tulang Mawas’ yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.

Zaman Hindu/Buddha
Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini. Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.

Disamping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To’ Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.

Zaman Kesultanan Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.

Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.

Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.
Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.

Campur tangan Inggeris Termeterinya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.

Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional. TEKS PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI l874 Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.

Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.

Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.

Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris. Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.

Sistem Pemerintahan Residen Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.

Perang Dunia Pertama – ‘Zaman Meleset’ Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.

Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman.

Perang Dunia Kedua Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.
Negeri Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.‎

Perak merupakan salah satu negeri tertua di Tanah Melayu. Belum ditemukan data yang memberikan informasi secara pasti tentang kapan mulai berdirinya Negeri Perak, sebagai cikal bakal Kesultanan Perak pada masa awal sejarah. Sejumlah pakar sejarah sering mengkaitkan Negeri Perak dengan nama sejenis logam, perak. Ada juga pakar sejarah lainnya, seperti Halim Nasir yang berpendapat bahwa nama Perak diambil dari nama Sungai Perak di Chegar Galah, yang di dalamnya terdapat sejenis ikan berwarna putih seperti perak.

Sejarah awal berdirinya Perak dapat ditelusuri melalui dua sumber utama, yaitu Sejarah Melayu dan Salasilah Perak. Kedua sumber tersebut mencatat bahwa Kesultanan Perak berdiri pada tahun 1528 M. Proses berdirinya Kesultanan Perak tidak terlepas dari peran Kesultanan Melaka ketika itu. Pada tahun 1551 M, Melaka jatuh di tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke-7 yang memerintah antara tahun 1488-1551 M) melarikan diri dan menetap di Kampar, yang sekarang masuk dalam wilayah Provinsi Riau. Ia kemudian diangkat sebagai Sultan Kampar.
Tun Saban, Pembesar Negeri Perak yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga Kuala Temong, bersama dengan Nakhoda Kassim pergi menghadap Sultan Mahmud Shah. Tun Saban meminta agar putra Sultan Mahmud Shah yang bernama Muzaffar Shah bersedia memimpin di Perak. Para pembesar Perak merasa perlu adanya kepemimpinan yang berasal dari keturunan Malaka karena kebesaran dan kewibawaan sultan-sultan Malaka serta struktur pemerintahan Kesultanan Malaka pada saat itu yang telah berpengaruh besar dalam keseluruhan wilayah Tanah Melayu.

Pada tahun 1528 M, Muzaffar Shah kemudian diangkat sebagai Sultan Perak I dengan gelar Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I. Ibukota Kesultanan Perak berpusat di Tanah Abang. Berdasarkan paparan tersebut, maka dapat dikatakan bahwa Kesultanan Perak merupakan kelanjutan dari Kesultanan Malaka yang telah jatuh di tangan Portugis pada tahun 1551 M.

Silsilah para Sultan Negri Perak

1- Sultan Muzaffar Shah (1528-1540 M)
2- Sultan Mansur Shah I (1549-1577 M)
3- Sultan Ahmad Tajuddin (1577-1584 M)
4- Sultan Tajul Ariffin Shah (1584-1594 M)
5- Sultan Alauddin Shah (1594-1603 M)
6- Sultan Mukaddam Shah (1603-1619 M)
7- Sultan Mansur Shah II (1619-1627 M)
8- Sultan Mahmud Shah (1627-1630 M)
9- Sultan Salehuddin Shah (1630- 635 M)
10- Sultan Muzzaffar Shah II (1636-1653 M)
11- Sultan Mahmud Iskandar Shah (1653-1720 M)
12- Sultan Alauddin  Mughayat Shah (1720-1728 M)
13- Sultan Mudzaffar Shah III (1728-1744 M)
14- Sultan Muhammad Shah (1744-1750 M)
15- Sultan Iskandar Zulkarnain (1754-1764 M)
16- Sultan Mahmud Shah (1764-1771 M)
17- Sultan Alauddin Mansur Shah (1771-1786 M)
18- Sultan Ahmaddin Shah (1786-1806 M)
19- Sultan Abdul Malek  Shah (1806-1818 M)
20- Sultan Abdullah Mu‘azzam Shah (1818-1830 M)
21- Sultan Shahabuddin Ri‘ayat Shah (1830-1851 M)
22- Sultan Abdullah Muhammad Shah (1851-1857 M)
23- Sultan Ja‘afar Shafuddin  Shah (1857-1865 M)
24- Sultan Ali Al-Mukammil Innayat Shah (1865-1871 M)
25- Sultan Ismail Mu‘abiddin Ri‘ayat Shah (1871-1874 M)
26- Sultan Abdullah Muhammad Shah (1874-1877 M)
27- Sultan Yusuf Sharifuddin Mu‘azal Shah (1877-1887 M)
28- Sultan Idris Murshidul Azam Shah (1887-1916 M)
29- Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Shah (1916-1918 M)
30- Sultan Alang Iskandar Shah (1918-1938 M)
31- Sultan Abdul Aziz Al-Mutasimbillah Shah (1938-1948 M)
32- Sultan Yusuff Izzuddin Shah (1948-1963 M)
33- Sultan Idris Iskandar Shah (1963-1984 M)
34- Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1984-Sekarang)
Periode Pemerintahan

Kesultanan Perak telah berdiri selama hampir lima abad, yaitu terhitung sejak tahun 1528 M hingga kini. Kesultanan Perak bergabung dalam federasi Kerajaan Malaysia pada tanggal 1 Februari 1948 M. Pada tanggal 16 September 1963 M, kesultanan ini secara resmi menjadi sebuah negeri persekutuan Malaysia dengan nama Negeri Perak Darul Ridzuan. Sekarang yang memimpin di Perak Darul Ridzuan adalah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Dalam Hikayat Misa Melayu, Sultan Iskandar Zulkarnain (1754-1764 M) digambarkan sebagai sosok pahlawan yang memiliki sifat-sifat ideal. Sultan Iskandar Zulkarnain berperan besar dalam mempersatukan kembali Kesultanan Perak yang pernah terpecah menjadi dua bagian akibat perang. Pada masanya, Kesultanan Perak mengalami masa kegemilangan. Sebagian pakar sejarah menyebut masa itu sebagai masa keemasan. 

Inggris pernah berkuasa di Kesultanan Perak selama beberapa masa kepemimpinan sultan-sultan Perak. Besarnya pengaruh Inggris di negeri-negeri Melayu disebabkan karena Inggris telah lama mengkaji struktur politik, sosial, dan ekonomi masyarakat Melayu. Setelah mengetahui berbagai kelemahan negeri-negeri Melayu, Inggris akhirnya menguasai negeri-negeri tersebut, termasuk Kesultanan Perak. Kekuasaan Inggris di Perak semakin kuat ketika pada masa pemerintah Sultan Ali al-Mukammil Innayat Shah (1865-1871 M) terjadi perselisihan perebutan tahta kekuasaan.

Setelah Sultan meninggal dunia pada tahun 1871 M, tahta kekuasaan seharusnya dipegang oleh putranya, Raja Muda Abdullah yang ketika itu masih menetap di Batak Rabit, sebuah tempat di Hilir Perak, Kesultanan Perak, Malaysia, namun Raja Muda Abdullah menolak pulang ke Sayong untuk diangkat sebagai Sultan Perak. Penolakan tersebut mengakibatkan jenazah Sultan Ali al-Mukammil Innayat Shah baru dimakamkan setelah satu bulan kemudian. Hal itu disebabkan karena para pembesar kesultanan ketika itu tidak kunjung menerima berita kesediaan Raja Muda Abdullah. Karena kondisi yang demikian akut, akhirnya para pembesar kesultanan memutuskan untuk memakamkan  Sultan Ali al-Mukammil Innayat Shah dan mengangkat Raja Bendahara Ismail sebagai Sultan Perak dengan gelar Sultan Ismail Mu‘abiddin Ri‘ayat Shah (1871-1874 M).

Pengangkatan tersebut ternyata tidak disukai oleh Raja Muda Abdullah. Belum ditemukan data tentang apa dan mengapa yang menjadi ketidaksukaan Raja Muda Abdullah dengan pengangkatan itu. Akhirnya, terjadi perselisihan antara Raja Muda Abdullah dan Sultan Ismail. Perselisihan itu berujung pada diangkatnya Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dengan gelar Sultan Abdullah Muhammad Shah (1874-1877 M). Di samping adanya perselisihan kepentingan kekuasaan, di Kesultanan Perak juga terjadi perselisihan dan peperangan antar pedagang gelap dari China, Ghee Hin, dan Hai San di sekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu yang juga menyebar ke daerah-derah lain (sepanjang tahun 1861-1862 M dan 1871-1874 M).

Rupanya, kondisi tersebut dimanfaatkan oleh Inggris untuk mencampuri urusan dalam negeri Perak. Ketika berupaya melakukan politik campur tangan tersebut, Inggris memberikan alasan kepada penguasa di Perak bahwa kepentingan rakyat Perak jangan dikorbankan, dan kekayaan sumber daya alam yang ada sepenuhnya dapat dieksplorasi untuk kepentingan perekonomian kesultanan. Dengan strategi yang amat jitu ini, pihak Inggris dapat mempengaruhi Raja Muda Abdullah dan beberapa pembesar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Pedagang-pedagang dari Ghee Hin dan Hai San juga turut serta dalam perundingan tersebut. Pada tanggal 20 Februari 1874 M, lahirlah Perjanjian Pangkor yang sangat berpengaruh dalam masa depan kehidupan masyarakat Melayu pada umumnya dan masyarakat Perak pada khususnya.

Dalam perjanjian tersebut ditentukan bahwa Sultan Perak hanya bertindak sebagai pemimpin agama Islam dan adat istiadat Melayu saja. Urusan pemerintahan dan ekonomi kesultanan dipegang oleh Residen Inggris, yaitu Gubernur Negeri Selat, yang diserahi tugas dan tanggung jawab untuk melaksanakan rancangan pembangunan Sistem Residen. Residen Inggris pertama yang memulai tugas itu adalah J.W.W.Birch. Dengan munculnya perjajian tersebut, ternyata perselisihan antara kelompok yang bertikai di Kesultanan Perak semakin mereda.

Akan tetapi, lambat-laun Sultan Abdullah dan para pembesar kesultanan mulai merasakan penyesalan yang amat dalam karena mereka pernah menandatangani Perjanjian Pangkor. Penyesalan itu dipicu oleh arogansi pihak Residen Inggris yang berhak sepenuhnya mengurusi masalah pemerintahan dan ekonomi dalam negeri Perak, sementara Sultan Abdullah diberi kewenangan terbatas, yaitu hanya mengurusi masalah keislaman dan adat-istiadat Melayu. Pada tanggal 2 November 1875 M, mereka akhirnya memutuskan untuk membunuh J.W.W Birch dan para pengikutnya di Pasir Salak. Sebagai dampaknya, pihak Inggris melancarkan serangan terhadap orang-orang Perak yang telah membunuh residennya. Di bawah pimpinan Kapten Speedy, tentara Inggris mengepung perairan Perak. Mereka kemudian membakar rumah-rumah warga, menyerang kota pertahanan Perak di Batak Rabit, dan membunuh masyarakat Perak yang ditemui di mana-mana. Dengan modal persenjataan yang terbatas, tentara dan masyarakat Perak tetap melakukan perlawanan demi mempertahankan harkat dan martabat negeri. Peperangan tersebut terus berlangsung hingga tahun 1876 M.

Wilayah Kekuasaan

Wilayah kekuasaan Kesultanan Perak meliputi sembilan daerah, yaitu: Batang Padang (2,730 km2), Kinta (1,958 km2), Kuala Kangsar (2,541 km2), Larut Matang/Selama (2,103 km2), Hilir Perak (1,727 km2), Keriang (938 km2),  Manjung (1,168 km2), Hulu Perak (6,558 km2), dan Perak Tengah (1,282 km2). Luas keseluruhan wilayah Kesultanan Perak adalah 21,005 km2 (2.1 juta hektar).
Struktur Pemerintahan

Struktur pemerintahan Kesultanan Perak secara umum sama dengan struktur pemerintahan yang berlaku di Kesultanan Malaka. Sultan merupakan penguasa tertinggi di Kesultanan Perak. Ia dibantu oleh sejumlah pembesar kesultanan. Ada 12 pembesar kesultanan dengan gelarnya masing-masing, sebagaimana berikut ini:

1- Yang Amat Berhormat Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja wakil al Sultan Wazir Kabir (pembesar ini pada masa Sultan Muzaffar Shah adalah Megat Terawis)
2- Yang Amat Berhormat Orang Kaya Besar Maharaja Di Raja
3- Yang Amat Berhormat Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
4-  Yang Amat Berhormat Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
5- Yang Berhomat Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota
6- Yang Berhomat Orang Kaya-kaya Sri Adika Raja Shahbandar Muda
7- Yang Berhomat Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Sri Amar di-Raja
8- Yang Berhomat Orang Kaya-kaya Panglima Bukit Gantang Sri Amar Bangsa di-Raja
9- Yang Berhomat Orang Kaya-kaya Shahbandar Paduka Indra
10- Yang Berhomat Orang Kaya-kaya Setia Bijaya di-Raja
11- Yang Berhomat Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan
12- Yang Berhomat Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indra di-Raja
Proses suksesi kepemimpinan di Kesultanan Perak boleh dibilang lebih kompleks dibandingkan dengan negeri-negeri lain di kawasan Malaysia. Sultan yang sedang berkuasa mengangkat pangeran-pangeran dari keturunannya untuk memperoleh gelar-gelar kebangsawanan. Susunan pangeran tersebut didasarkan pada perintah sultan yang sangat ketat. Namun demikian, sultan yang berkuasa berikutnya dapat menentukan kebijakan lain soal susunan tersebut. Berikut ini adalah susunan pangeran-pangeran sultan yang telah diterapkan sejak tanggal 25 Februari 1953 M:

Duli Yang Teramat Mulia (Tuanku) Raja Muda, Wakil us-Sultan, Wazir ul-Azam Negara Perak Dar ur-Ridzwan
1- Duli Yang Amat Mulia Raja di-Hiler
2- Yang Amat Mulia Raja Kechil Besar
3- Yang Mulia Raja Kechil Sulong
4- Yang Mulia Raja Kechil Tengah
5- Yang Mulia Raja Kechil Bongsu.
Kehidupan Sosial-Budaya

Jumlah penduduk di Kesultanan Perak adalah 1,930,382 yang terdiri atas: Batang Padang (152,137), Kinta (751,825), Kuala Kangsar (154,048), Larut Matang/Selama (273,321), Hilir Perak (191,098), Keriang (52,651),  Manjung (191,004), Hulu Perak (82,195), dan Perak Tengah (82,103).

Kesultanan Perak dikenal dengan hasil ekonominya berupa biji timah. Dengan hasil bumi ini, Perak menjadi kesultanan yang kian berkembang dan terus maju. Pada masa lalu, kekayaan sumber daya alam ini mendatangkan banyak minat kerajaan lain untuk menguasasi Perak. Pada tahun 1575 M, Kesultanan Aceh pernah menyerang Perak dan menjadikannya sebagai negeri jajahan. Pada tahun 1651 M, Belanda pernah mengepung Perak dan memaksa Sultan Muzzaffar Shah II agar mau menandatangani perjanjian dengan Hindia Belanda (VOC). Dalam perkembangan selanjutnya, tepatnya pada tahun 1953 M, perjanjian antara Perak dan Hindia Belanda ditandatangani antara Sultan Iskandar Zulkarnain dan Thomas Acheppers. Akibat dari perjanjian tersebut, Perak setuju menjual biji timah ke Belanda.‎

Kesultanan Perak memiliki tiga bentuk warisan seni dan kebudayaan Melayu, yaitu:

1. Seni Tampak atau Seni Rupa

Seni tampak atau seni rupa mencakup bangunan apa saja yang mempunyai struktur, seperti kota, istana, masjid, makam, dan sebagainya. Dalam lanskap istana kesultanan Melayu, kota memainkan peran yang sangat penting karena di dalam kota ini masjid dan istana didirikan. Sultan melakukan tugas-tugas pemerintahan di istana kesultanan.

Sultan Iskandar Zulkarnain (1754-1764 M) pernah memerintahkan para pembesar kesultanan agar mengurus istana kesultanan di Pulau Indera Sakti. Tiga pembesar kesultanan, Bendahara Megat Abu Kassim, Temenggong Tan Bantan, dan Orang Kaya Menteri Sharif Hussain, mundur dari jabatannya karena merasa tidak sanggup memikul tanggung jawab tersebut. Padahal, istana tersebut dianggap sebagai istana paling indah di zaman itu.
2. Seni Persembahan

Seni persembahan merupakan seni yang melibatkan gerakan atau aktivitas. Yang termasuk dalam seni ini adalah tarian, nyanyian, permainan rakyat, dan sebagainya. Seni ini biasanya dilakukan sebagai pengiring upacara adat istiadat, baik oleh kalangan istana kesultanan maupun masyarakat umum. Salah satu contoh seni ini adalah adat melenggang perut ketika perempuan mengandung genap tujuh bulan.

3. Seni Bahasa, yang terdiri dari seni peribahasa, pantun, syair, dan sebagainya.

1 komentar:

  1. para bangsawan perak mulai dari sultan bendahara tumenggung adalah keturunan palembang.
    wwwjayasriwijayablogspot.co.id

    BalasHapus