Translate

Kamis, 05 Juli 2018

Kisah Imam Syafi'i Bertabarruk Di Makam Imam Abu Hanifah

Di dalam kitab Tarikh Baghdad karya Imam Abu Bakar Ahmad bin Ali Al-Khatib Al-Baghdadi (wafat 463 H) jilid 1 halaman 123, cetakan "Dar El-Fikr", Beirut - Libanon menerangkan sebagai berikut:

أخبرنا القاضي أبو عبد الله الحسين ابن على بن محمد الصيمرى قال أنبأنا عمر بن ابراهيم المقرى قال نبأنا على بن ميمون قال نبأنا مكرم بن أحمد قال نبأنا عمر بن اسحاق بن ابراهيم قال نبأنا على بن ميمون : سمعت ألشافعي يقول : اني لأتبرك بأبى حنيفة و أجئ الى قبره فى كل يوم - يعنى زائرا - فاذا عرضت لى حاجة صليت ركعتين و جئت الى قبره و سألت الله تعالى الحاجة عنده , فما تبعد عنى حتى تقضى ِ

" Telah memberitahukan kepadaku Al-Qadhi Abu Abdillah Al-Husaini ibni Ali bin Muhammad As-Shaimiri sambil barkata: Telah menceritakan kepadaku Umar bin Ibrahim Al-Muqri sambil berkata: Telah menceritakan kepadaku Mukram bin Ahmad sambil berkata: Telah menceritakan kepadaku Umar bin Ishaq bin Ibrahim sambil berkata: Telah menceritakan kepadaku Ali bin Maimun sambil berkata: Aku telah mendengar Imam Syafi'i berkata: Sesungguhnya aku bertabarruk (mengambil berkah) dengan Imam Abu Hanifah dan aku mendatangi makamnya setiap hari, yakni berziarah - Apabila aku mempunyai hajat (kebutuhan), maka aku melakukan shalat dua raka'at dan aku mendatangi makam beliau untuk bertabarruk sambil memohon kepada Allah ta'ala akan hajatku di sisi makam beliau. Maka tidak jauh dariku (tidak lama kemudian) terkecuali hajatku dikabulkan oleh Allah ta'ala."

Sebahagian orang mempertikaikan kesahihan kisah tersebut. Maka itu adalah hak mereka dan sebagaimana mereka, kita juga punya hak untuk tidak menerima pendapat mereka dan sebaliknya menerima pendapat ulama yang mensabitkan kebenaran pada kisah tersebut. Menurut kajian Imam Khatib al-Baghdadi, segala periwayat kisah tersebut adalah orang – orang yang shaduq dan tsiqah (yakni orang – orang yang dipercayai) dan pandangan beliau ini turut dikongsi oleh ulama-ulama lain.

Pihak yang menolak kisah tersebut seperti al-Albani juga tidak menafikan kedudukan dan status para perawi kisah tersebut adalah orang – orang kepercayaan selain daripada ” `Umar bin Ishaq bin Ibrahim” yang dikatakan sebagai seorang yang majhul (yakni yang tidak diketahui identitinya). Atas dasar tersebut maka al-Albani menghukumkan kisah tersebut sebagai dhaif bahkan batil.

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah berkata :

فهذه رواية ضعيفة بل باطلة فإن عمر بن إسحاق بن إبراهيم غير معروف وليس له ذكر في شيء من كتب الرجال , و يحتمل أن يكون هو عمرو – بفتح العين – بن إسحاق بن إبراهيم بن حميد بن السكن أبو محمد التونسى و قد ترجمه الخطيب ( 12 / 226 ) . و ذكر أنه بخاري قدم بغداد حاجا سنة ( 341 ) و لم يذكر فيه جرحا و لا تعديلا فهو مجهول الحال , و يبعد أن يكون هو هذا إذ أن وفاة شيخه علي بن ميمون سنة ( 247 ) على أكثر الأقوال , فبين وفاتيهما نحو مائة سنة فيبعد أن يكون قد أدركه .

“Ini adalah riwayat yang lemah, bahkan bathil. ‘Umar bin Ishaq bin Ibrahim tidak dikenal, dan tidak disebutkan satupun dalam kitab-kitab rijaal. Kemungkinan ia adalah ‘Amr – dengan fathah pada huruf ‘ain – bin Ishaq bin Ibrahim bin Humaid bin As-Sakan Abu Muhammad At-Tunisi. Al-Khathib telah menyebutkan biografinya (dalam At-Tariikh 12/226). Disebutkan bahwa ia orang Bukhara yang tiba di Baghdad pada perjalanan hajinya tahun 341 H. Tidak disebutkan padanya jarh maupun ta’dil, sehingga ia seorang yang berstatus majhuul haal. Namun kemungkinan ini jauh saat diketahui gurunya yang bernama ‘Ali bin Maimun wafat pada tahun 247 H menurut mayoritas pendapat. Maka diperoleh penjelasan kematian keduanya berjarak sekitar 100 tahun sehingga jauh kemungkinan ia bertemu dengannya (‘Ali bin Maimun)”.
(Silsilah Ad-Dla’iifah, 1/78).

Rasanya penilaian kisah tersebut sebagai batil adalah satu penilaian yang terlampau kerana beliau gagal mempertimbangkan fakta yang para periwayat lain adalah mereka-mereka yang shaduq dan tsiqah. Sewajarnya perkara ini masuk dalam pertimbangan al-Albani sebelum menyatakan yang ianya batil.

Menurut penjelasan sebahagian ulama lain, ada kemungkinan ‘Umar bin Ishaq tersebut adalah `Amr bin Ishaq al-Himsi yang merupakan seorang yang diketahui dan boleh dipercayai. Jika ianya benar, maka tiadalah apa lagi kecacatan pada sanad yang dikemukakan oleh Imam Khatib tersebut. Selain daripada itu, perlu diberi perhatian juga bahawa kisah ini turut disampaikan melalui jalan lain, antaranya oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam karya beliau “al-Khairat al-Hisan” yang merupakan manaqib Imam Abu Hanifah pada fasal 35 halaman 129 dengan sanad yang shahih dan Imam Ibnu Abil Wafa menyebutkan kisah ini dalam “Tabaqat al-Hanafiyyah” pada halaman 519 dengan sanad lain melalui al-Ghaznawi.

Tidak ketinggalan para ulama di masa kita ini turut memuatkan kisah ini dalam karya mereka, misalnya Imam Muhammad Zahid al-Kawthari membawa kisah ini dalam “Maqalat al-Kawthariy” pada halaman 453 dan mengatakan bahawa sanad kisah ini adalah bagus (jayyid).

Mufti Muhammad Taqi Uthmani memuatkannya dalam karya beliau “Jahan-e-Deedah“, jika kisah tersebut dianggap sebagai batil, pasti Mufti Muhammad Taqi yang terkenal sebagai seorang ulama bermazhab Hanafi dengan aliran Deobandi tidak akan memuatkannya dalam karya beliau.

Maka hendaklah kita berlapang dada, jangan terlalu taksub dengan pegangan kita sehingga menuduh pihak yang tidak sependapat dengan berbagai tuduhan yang keji. Tiada paksaan samada untuk menerima atau menolak kisah Imam asy-Syafi`i RA bertabarruk dengan Imam Abu Hanifah RA.

Wallohul Waliyyut Taufiq Ila Sabilul Huda

Tidak ada komentar:

Posting Komentar