Tidak syak lagi bahawa Muhammad Bin Ishak adalah tonggak utama bagi para ulama’ dan pengkaji sirah Rasulullah yang lahir setelah beliau. Kitabnya yang berjudul Al-Maghazi (المغازي) merupakan sumber primer dan subjek terpenting bagi ilmuan yang menceburkan diri dalam bidang sirah nabawiyah sehinggakan sukar untuk kita mendapati kitab-kitab sirah yang ditulis setelah zaman Ibnu Ishak tetapi tidak menukilkan kata-kata beliau.
Ibnu Ishaq lahir di Madinah diperkirakan 85 tahun setelah Hijrah ke Madinah. Jadi merupakan salah seorang Tabi'in. Ia berada di Madinah sampai Bani Abbasiyah menggantikan Bani Umayyah dalam kekhalifahan (750). Setelah itu dilaporkan ia berada di berbagai tempat antara Iraq dan Iran, ia meninggal di Baghdad tahun768.
Muhammad bin Ishaq atau lebih dikenal dengan nama Ibnu Ishaq (wafat tahun 151 H) merupakan salah satu murid dari Az-Zuhri. Selain penulis kitab Sirah, ia pun dikenal sebagai penulis kitab Maghazi (kisah-kisah peperangan).
Kitab Sirah yang ditulis oleh Ibnu Ishaq yang sampai pada kita adalah berjudul Sirah Ibnu Hisyam yang merupakan mukhtashar/ringkasan dari Sirah Ibnu Ishaq.
Ketika hidup, Ibn Ishak sempat melihat Sayyidina Anas Bin Malik dan Said Bin Al-Musayyab, beliau juga sempat mendengar hadis dari Al-Qasim Bin Muhammad Bin Abu Bakar As-Siddiq, Aban Bin Utsman Bin Affan, Az-Zuhri, Abu Salamah Bin Abdur Rahman Bin Auf, dan Abdur Rahman Bin Hurmuz Al-A’raj. Antara ulama besar yang meriwayatkan hadis dari Ibn Ishak adalah Yahya Bin Said Al-Anshori, Sufyan As-Tsauri, Ibnu Juraij, Syu’bah, Al-Hamadan, Sufyan Bin Uyainah dan lain-lain. Beliau wafat pada tahun 150 atau 151 Hijrah.
Percanggahan pendapat ulama’ berkenaan Ibnu Ishak
Salah satu perkara yang menjadi pertikaian antara ulama’ pada diri beliau adalah keadilan beliau (عدالة) dalam ilmu periwayatan hadis. Imam Muslim telah meriwayatkan hadis melalui jalan periwayatan Ibn Ishak dalam Kitab Sohih beliau beserta hadis-hadis dari ahli hadis yang selainnya yang bersifat adil. Hal ini menunjukkan bahawa beliau mengiktiraf keadilan Ibnu Ishak dalam periwayatan hadis. Hal yang sama dapat juga dilihat pada Ashab As-Sunan Al-Arba’ah. Imam Bukhari pula telah memberi komentar terhadap Ibn Ishak dalam Kitab Sohih beliau.
Namun begitu, Ibnu Ishak juga telah menerima kritikan yang berat dari dua ilmuan besar Islam; Imam Malik Bin Anas dan Hisyam Bin Urwah. Tatkala disebut nama Ibnu Ishak di hadapan Imam Malik, beliau berkata: “Ibn Ishak adalah seorang dajal dari kalangan dajal-dajal.” Adapun Hisyam, tatkala beliau mendapat berita bahawa Ibnu Ishak meriwayatkan hadis dari isterinya, beliau berkata: “Dia adalah musuh Allah dan pembohong, bagaimana dia meriwayatkan hadis dari isteriku sedangkan dia tidak pernah melihatnya?!”
Ibnu Ishak juga dituduh sebagai Qadariyah dan pengikut mazhab Syiah. Walau bagaimanapun, beliau juga telah diiktiraf oleh ramai ulama’ sebagai seorang alim yang pakar dan berautoriti. Bahkan Syu’bah Bin Al-Hajjaj telah memuji beliau dengan berkata: “Ibn Ishak adalah Amirul Mukminin dalam ilmu hadis.” Beliau juga telah mendapat pujian dari gurunya Az-Zuhri. Adapun tohmahan yang dilemparkan kepadanya oleh Imam Malik dan Hisyam Bin Urwah, maka perkara tersebut tidak diterima, bahkan tidak diredhai dan ditolak oleh ramai ulama’.
Al-Hafiz Al-Kabir Abu Ahmad Ibnu ‘Adi telah bersikap adil dalam menilai Ibnu Ishak. Dan Ibnu Adi merupakan nama yang tidak asing dalam ilmu Jarh Wa Ta’dil dan Naqd Ar-Rijal, dan kitabnya yang berjudul Al-Kamil merupakan asas utama dalam ilmu ini. Beliau berkata tentang Ibnu Ishak: “Aku telah meneliti banyak hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dan aku tidak menjumpai apa-apa perkara yang boleh menghukumnya secara qath’ie atau tetap sebagai dhoif. Beliau mungkin tersilap dan tersalah sangka pada beberapa perkara, seperti mana yang berlaku kepada ahli hadis selainnya.”
Al-Hafiz Abul Fath Ibnu Sayyidi An-Nas telah menyenaraikan hampir kesemua kata-kata ulama’berkenaan Ibnu Ishak di dalam kitab beliau berjudul “Uyunul Atsar Fi Funun Al-Maghazi Wa Asy-Syamail Wa As-Siyar”. Beliau kemudiannya mengulas kesemua komentar dan kritikan yang diterima oleh Ibnu Ishak. Dan beliau cenderung untuk membela tokoh agung ini.
Perkara yang ulama’ bersepakat tentang Ibnu Ishak
Walaupun terjadi banyak perselisihan pendapat dan percanggahan pemikiran dalam menilai Ibnu Ishak, tetapi kesemua ulama’ bersepakat pada satu perkara iaitu ketokohan beliau dalam ilmu sirah dan maghazi. Mereka semua mengakui akan hakikat perkara ini, mereka bersadar kepada kata-katanya dan merujuk kitab beliau dalam masalah ini. Imam Asy-Syafi’I berkata: “Barangsiapa yang menginginkan ilmu maghazi maka hendaklah dia bersandar kepada Ibnu Ishak.” Oleh sebab inilah Al-Hafiz Ibnu Hajar menggelar beliau sebagai ‘Imam Al-Maghazi’ dalam kitab beliau Taqrib At-Tahzib. Manakala Ibn Sayyidi An-Nas bersifat pertengahan dalam hal ini dan tidak cenderung kepada mana-mana golongan sama ada yang mengangkat Ibnu Ishak atau yang menjatuhkannya, maka beliau berkata tentang Ibnu Ishak: “Beliau adalah tonggak dalam ilmu maghazi bagi kami dan selain kami”, tanpa berlebihan memujinya dan tanpa mencelanya.
Karya Ibnu Ishak
Ibnu Ishak mempunyai satu karya yang berjudul Al-Maghazi. Karya beliau ini tidak dijumpai dengan sempurna sehingga hari ini, namun sebahagian dari kitab ini telah dicetak di Maghribi beserta tahkik Dr. Muhammad Hamidullah Al-Haidar Abadi, kemudian dicetak buat kali kedua di timur tengah beserta tahkik Dr. Suhail Zukar. Boleh jadi kitab ini akan dijumpai dengan sempurna pada masa hadapan. Walaupun kitab ini tidak sampai ke tangan kita dengan sempurna, tetapi kita telah mendapat intipati kitab ini melalui Ibn Hisyam (218H) yang telah meriwayatkan kitab ini melalui perantaraan murid Ibn Ishak; Ziyad Al-Bakkaai (183H) dan kemudiannya mengumpulkan isi penting kitab ini dan menambah baik kekurangannya.
Jika kita meneliti maklumat-maklumat berkaitan kitab Al-Maghazi ini yang terdapat dalam kitab Tarikh At-Thobari, kitab Tarikh Makkah karangan Al-Azraqi, dan kitab Thabaqat Ibn Saad, serta kitab-kitab ahli hadis yang menceritakan tentang sirah nabawiyah, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kitab Ibnu Ishak ini terbahagi kepada tiga bahagian; Al-Mubtada’ (permulaan), Al-Mab’ats (pengutusan), dan Al-Maghazi (peperangan).
Bahagian pertama kitab ini iaitu Al-Mubtada’ mengumpulkan kisah kejadian-kejadian, kisah rasul-rasul, dan kisah wahyu sebelum Islam. Sumber pengambilan Ibnu Ishak dalam bab ini adalah Wahab Bin Munabbah, Kaab Al-Ahbar, kitab-kitab yahudi dan nasrani yang sampai ke tangan arab dan umat Islam, begitu juga khabar-khabar yang diceritakan oleh ahli kitab yang memeluk Islam. Beliau juga ada menceritakan dalam bab ini sejarah kabilah-kabilah arab dan kejadian yang berlaku di tengah kehidupan mereka. Josef Horovitz berkata: “Secara keseluruhannya, sanad dan jalan periwayatan amat sukar ditemui pada bahagian pertama; Al-Mubtada’.”
Bahagian kedua pula (Al-Mab’ats) merangkumi kisah hidup Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam di Mekah dan kisah Hijrah Baginda. Kebiasaannya pada bahagian ini Ibnu Ishak meriwayatkan kisah-kisah beserta sanad, terkadang kisah tersebut didatangkan secara mursal atau tanpa disebutkan sanad. Pada bahagian ini juga, beliau telah menjadi satu-satunya perawi yang meriwayatkan kisah perjanjian yang termaterai antara Nabi dan musyrikin serta yahudi yang menetap di Madinah.
Pada bahagian ketiga pula Ibnu Ishak memberi tumpuan khusus berkenaan kisah-kisah peperangan Nabi. Beliau juga ada menceritakan secara am kejadian-kejadian yang berlaku dalam umat Islam pada zaman Nabi, sehinggalah kisah Nabi sakit dan kewafatan Baginda.
Pada bahagian ini beliau membahagi dan menyusun peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut urutan tahun, beliau juga menjelaskan sanad kisah-kisah dan nama-nama perawinya. Ibnu Ishak juga mempunyai metod yang khusus dalam penyampaian beliau berkenaan kisah-kisah peperangan Rasulullah. Beliau akan memulakan pembicaraan dengan gambaran umum dan kesimpulan ringkas yang mengumpulkan isi-isi utama kisah tersebut, kemudian beliau akan menyebut khabar-khabar yang diriwayatkan oleh ramai perawi bermula dengan perawi yang kuat kehujahannya seperti Az-Zuhri, Humaid At-Thowil, ‘Ashim Bin Umar, dan Abdullah Bin Abu Bakar. Setelah itu, dituruti oleh khabar-khabar yang diriwayatkan secara perseorangan yang beliau kumpulkan dari sumber-sumber yang lain.
Kelemahan Ibnu Ishak
Ibnu Ishak merupakan seorang sejarawan yang amat menitikberatkan maklumat-maklumat sejarah yang bertulis atau yang dihafal oleh para gurunya dan ulama’ yang hidup sezaman dengannya. Beliau amat gemar mencari maklumat berkaitan ilmu sejarah dan suka bertanya tentangnya, sehingga beliau dikenali dengan hal tersebut. Oleh hal yang demikian, banyak orang yang datang berjumpa dengannya untuk memberitahu dan menceritakan kisah kemuliaan nenek moyang mereka. Mereka juga membacakan syair-syair yang memuji keturunan mereka. Kemudian Ibnu Ishak menukil syair-syair ini dalam kitab beliau.
Hal inilah yang menjadi penyebab beliau dikritik oleh Muhammad Bin Salam Al-Jumahi (231H) dan ulama’ lain. Ini kerana kebanyakan syair tersebut tidak sohih, dan kerana beliau mendakwa sebahagian syair tersebut dinukil dari syair yang dibaca pada zaman kaum Aad dan Tsamud serta zaman-zaman lampau. Oleh sebab ini, Ibnu Hisyam telah meninggalkan kebanyakan syair tersebut kerana ia menjadi penyebab tohmahan kepada Ibnu Ishak. Namun begitu, Ibnu Ishak tidak sepatutnya dipersalahkan dan dicela dengan sebab ini kerana beliau bukanlah alim dalam bidang syair.
Menurut para ulama muhaqqiq, riwayat-riwayat yang ada dalam kitab Sirah Ibnu Ishaq, berisi hadits-hadits hasan yang bercampur dengan hadits-hadits dla’if. Riwayat-riwayat yang ia bawakan tidaklah sampai pada derajat shahih, namun hanya sampai pada derajat hasan saja dengan syarat ia menyatakan secara terang (sharih) penyimakan haditsnya karena ia seorang perawi mudallis.
Ibnu ‘Ady berkata :
وقد فتشت أحاديثه فلم أجد في أحاديثيه ما يتهيأ أن يقطع عليه بالضعف، وربما أخطأ أو يهم، كما يخطيء غيره، ولم يتخلف في الرواية عنه الثقات والأئمة وهو لا بأس به
”Saya telah meneliti hadits-haditsnya, dan saya tidak melihat ada hadits-hadits yang pasti kedla’ifannya. Terkadang ia melakukan kesalahan, sebagaimana yang juga dilakukan oleh orang lain; selama tidak ada penyelisihan riwayat darinya dari kalangan perawi yang terpercaya dan para imam, maka riwayatnya tidak masalah (dapat diterima)”.
Hal ini adalah kesaksian yang sangat penting.Bukan karena kedudukan dan sikap keras Ibnu ‘Ady dalam pen-tausiq-an ini saja, tetapi hal itu berdasarkan pada proses pengujian riwayat. Bukan sekedar penukilan perkataan para ahlinaqd sebelumnya yang menuduh Ibnu Ishaq seputar masalah qadar (yaitu fitnah Qadariyyah), tasyayu’ (kecenderungan pada pemikiran Syi’ah), tadlis. dan tashhif (salah tulis). Hal itu sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Yahya bin Sa’id Al-Umawi :
ابن إسحاق يصحف في الأسماء لأنه إنما أخذها من الديوان
”Ibnu Ishaq sering melakukan tahshhif (kesalahan dalam penulisan) tentang nama-nama karena ia mengambilnya dari kitab-kitab diwan”.
Bahkan ia pernah dituduh melakukan kebohongan terhadap sebuah riwayat dari Fathimah istri Hisyam bin ‘Urwah bin Zubair. Akan tetapi, tuduhan tersebut tidak terbukti. Beberapa imam yang menyanggah kecurigaan yang dilontarkan oleh para kritikus tersebut terhadap Ibnu Ishaq, diantaranya adalah Al-Imam Ahmad bin Hanbal. Al-Hafidh Adz-Dzahabi berkata :
لا ريب أن ابن إسحق كثَّر وطوَّل بأنساب مستوفاة، اختصارها أملح، وبأشعار غير طائلة حذفها أرجح، وبأثار لم تصحح، مع أنه فاته شيء كثير من الصحيح لم يكن عنده، فكتابه محتاج إلى تنقيح وتصحيح ورواية ما فاته
”Tidak ragu lagi bahwa Ibnu Ishaq itu sering memperbanyak dan memperpanjang silsilah-silsilah nasab para perawi yang sebenarnya tidak perlu, menyisipkan syair-syair pendek yang seharusnya dibuang, dan menyebutkan atsar-atsar yang tidak shahih. Namun di sisi lain, ia melewatkan banyak hal dari riwayat-riwayat shahih yang tidak ada padanya. Jadi, kitabnya perlu diteliti kembali, dan riwayat-riwayatnya harus di-tashhih lagi”.
Beliau berkata lagi :
ابن إسحق حجة في المغازي وله مناكير وعجائب
”Ibnu Ishaq adalah hujjah bagi karya Maghazi. Akan tetapi ia punya kelebihan dan kekurangan”.
Al-Hafidh Adz-Dzahabi telah berusaha keras untuk menerangkan tingkatan hadits Ibnu Ishaq. Ia pun mengatakan :
وله ارتفاع بحسبه، ولا سيما في السيرة، وإما في أحاديث الأحكام فينحط حديثه فيها عن رتبة الصحة، إلا فيما شذّ فيه فإنه يعد منكرا
”Hadits-haditsnya tentang sirah cukup bagus. Sementara hadits-haditsnya tentang hukum berada di bawah tingkatan hadits shahih. Kecuali hadits yang terdapat keganjilan (syadz) di dalamnya, maka ia dihitung sebagai hadits munkar”.
Al-Hafidh Al-‘Iraqi mengatakan :
المشهور قبول حديث ابن إسحق إلا أنه مدلس فإذا صرّح بالتحديث كان حديثه مقبولا
”Menurut pendapat yang masyhur bahwa hadits riwayat Ibnu Ishaq dapat diterima, meskipun ia seorang perawi yang mudallis. Apabila telah ada penegasan yang jelas (tentang penyimakannya), maka haditsnya dapat diterima”.
Al-Hafidh Adz-Dzahabi mengatakan :
والذي يظهر لي أن ابن إسحق حسن الحديث صالح الحال صدوق، وما تفرّد ففيه نكارة، فإن في حفظه شيئا، وقد احتج به الأئمة
”Dan yang jelas menurut saya, Ibnu Ishaq adalah hasanul-hadits, perilakunya baik, dan jujur (shaduq). Dan apa-apa yang ia bersendirian (dalam meriwayatkan hadits), maka terdapat pengingkaran di dalamnya. Meskipun ada sedikit masalah dalam hafalannya, namun para ulama menjadikannya sebagai hujjah”.
Adz-Dzahabi juga mengatakan :
كان أحد أوعية العلم حبرا في معرفة المغازي والسيرة، وليس بذلك المتقن، فانحط حديثه عن رتبة الصحة، وهو صدوق في نفسه مرضي
”Ibnu Ishaq adalah salah seorang yang sangat menguasai riwayat-riwayat tentang peperangan-peperangan dan sirah. Sayang ia tidak mutqin (teliti) sehingga peringkat haditsnya di bawah tingkat shahih. Ia adalah orang yang sangat jujur terhadap dirinya sendiri dan disukai”.
Al-Hafidh Ibnu Hajar mengatakan :
ما ينفرد به وإن لم يبلغ الصحيح فهو في درجة الحسن إذا صرح بالتحديث....وإنما يصحح له من لا يفرق بين الصحيح والحسن، ويجعل كل ما يصلح للحجة صحيحا، وهذه طريقة ابن حبان ومن ذكر معه
”Selama ia tidak bersendirian (dalam meriwayatkan hadits), meskipun tidak sampai pada derajat hadits shahih, namun merupakan hadits yang berderajat hasan dengan syarat ada penegasan penyimakan haditsnya........ Dan yang menganggap shahih haditsnya hanyalah orang yang tidak bisa membedakan antara hadits shahih dan hadits hasan, dan orang yang menganggap semua hal yang baik untuk hujjah disebut hadits shahih. Itulah anggapan Ibnu Hibban dan kawan-kawannya”.
Ini tidak berarti menguatkan semua riwayatnya yang terdapat dalam kitabnya tentang sirah. Ada beberapa riwayat di dalamnya riwayat-riwayat munkar dan munqathi’. Al-Hafidh Adz-Dzahabi berkata :
صالح الحديث ما له عندي ذنب إلا ما قد حشاه في السيرة من الأشياء المنكرة والمنقطعة
”Shaalihul-hadiits. Tidak ada padanya satu cacat menurutku, kecuali apa-apa yang telah ia masukkan dalam sirah riwayat-riwayat munkar dan munqathi’ .
Al-Hafidh Ibnu Hajar telah berhasil men-takhrij hadits-hadits munqathi’ dalam Sirah Ibnu Hisyam pada sebuah catatan tersendiri. Sayang sekali, catatan itu hilang.
Para perawi sirah yang biasa meriwayatkan dari Ibnu Ishaq adalah :
a. Ziyad bin Abdillah Al-Baka’i.
Ibnu Hisyam meriwayatkan dari jalur sanadnya.
b. Bakr bin Sulaiman.
Khalifah bin Khayyath meriwayatkan dari jalur sanadnya dalam kitabnya At-Tarikh.
c. Salmah bin Al-Fadhl Al-Abrasy.
Mengomentari Ath-Thabari berkomentar tentangnya :
ليس من لدن بغداد إلى إن يبلغ خراسان إثبت في ابن إسحق من سلمة بن الفضل
”Mulai dari Baghdad hingga ujung Khurasan, tidak ada orang yang paling memahami Ibnu Ishaq dengan baik selain Salmah bin Al-Fadhl”.
d. Yunus bin Bakir (wafat tahun 195 H).
Menurut Ibnu Hajar, ia adalah seorang perawi yang jujur (shaduuq), tetapi sering melakukan kesalahan. Menurut Adz-Dzahabi, Yunus adalah orang yang hasan haditsnya (hasanul-hadits). Imam Muslim mengetengahkan riwayat-riwayatnya dalam syawaahid, bukan dalam ushul. Demikian pula yang dilakukan oleh Al-Bukhari. Sementara itu, secara tegas Abu Dawud As-Sijistani mengatakan bahwa Yunus bin Bakir bukanlah hujjah. Ia hanya mengambil ucapan Ibnu Ishaq, yang kemudian ia sambungkan begitu saja dengan hadits-hadits.
e. Ibrahim bin Sa’d Az-Zuhri (wafat tahun 185 H).
Ahmad bin Muhammad bin Ayyub – pengarang kitab Al-Maghaaziy - meriwayatkan dari jalur sanadnya. Dan itu adalah riwayat yang biasa dijadikan perantara oleh Al-Hakim An-Naisabury untuk mengutip dalam Al-Mustadrak.
f. Harun bin Abi ‘Isa, yang riwayatnya dijadikan pegangan oleh Ibnu Sa’ad.
g. Abdullah bin Idris Al-Audi.
Ibnu Sa’ad juga biasa meriwayatkan darinya.
h. Yahya bin Sa’ad Al-Umawi, yang berhasil menulis kitab tentang Maghazi setelah banyak mendengar dari Ibnu Ishaq, dan ia juga memberikan keterangan-keterangan tambahan.
Terdapat beberapa perbedaan di antara riwayat-riwayat tentang sirah tersebut. Hal ini menunjukkan bahwa Ibnu Ishaq selama beberapa waktu pernah melakukan pembetulan atau perbaikan pada kitab sirahnya.
Nampak jelas bahwa riwayat Yunus bin Bakir adalah riwayat yang paling dahulu, dan bahwa Al-Baka’i membawa naskah yang pernah dibetulkan dan diperbaiki oleh Ibnu Ishaq. Sebagai contoh, adanya perbedaan riwayat tersebut bahwa dalam riwayat Al-Baka’i, Ibnu Ishaq menyebutkan nama Abdullah bin Mas’ud dalam rombongan hijrah ke Habasyah yang kedua. Sementara dalam riwayat Yunus bin Bakir, nama Abdullan bin Mas’ud disebut-sebut dalam rombongan ke Habasyah yang pertama.
Contoh lain, disebutkan dalam riwayat Al-Baka’i bahwa Ja’far bin Abi Thalib adalah orang yang berbicara kepada An-Najasyi atas nama kaum muslimin. Akan tetapi dalam riwayat Yunus bin Bakir disebutkan bahwa ‘Utsman bin ‘Affan lah yang berbicara kepada An-Najasyi, sementara Ja’far bin Abi Thalib hanya sebagai penerjemah saja. Akan tetapi, Ibnu Ishaq tetap mengomentari riwayat ini dengan berbagai alasan dalam rangka menafikkan kebenarannya.
Contoh yang lain lagi, adalah apa yang dituturkan sendiri oleh Ibnu Ishaq dalam riwayat Yunus bin Bakir bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam ketika rajin mengirimi surat kepada para penguasa di muka bumi, beliau juga tidak ketinggalan mengirimkan sepucuk surat kepada An-Najasyi Al-Ashham yang berisi ajakan agar ia bersedia masuk Islam. Sementara dalam riwayat Al-Baka’i, tidak disinggung-singgung nama Al-Ashham. Hal itu membuktikan bahwa Ibnu Ishaq telah mengadakan perbaikan atau pembetulan pada sirahnya. Disebabkan pada saat itu An-Najasyi Al-Ashham sudah masuk Islam. Jadi surat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam tadi pasti ditujukan kepada An-Najasyi generasi yang berikutnya, seperti yang ditegaskan oleh Al-Imam Muslim.
Pendapat kami berkenaan Ibnu Ishak
Walau apapun yang telah terjadi seperti yang telah disebutkan, kita meyakini jika ditemui semula kitab Ibnu Ishak secara sempurna, sudah pasti ia adalah kitab terulung dan yang paling bermanfaat dalam bidang ilmu sirah. Seterusnya, berikut adalah pendirian kami berkenaan Ibnu Ishak:
1. Jika Ibnu Ishak betul atau salah dalam menceritakan kisah umat terdahulu sebelum Islam, maka hal tersebut tidak akan memberi sedikitpun kemudaratan terhadap sirah Rasulullah. Dalam hal ini, kesemua ulama sama ada yang sezaman dengan Ibnu Ishak atau yang datang setelahnya sama sahaja; kesalahan mereka dalam bab ini tidak memberi kesan kepada sejarah Nabi.
2. Kisah-kisah kerasulan dan peperangan yang beliau riwayat berserta sanad, hendaklah dilihat dan dihukum berdasarkan sanadnya, dalam masa yang sama dengan melihat Ibnu Ishak sendiri sebagai seorang perawi yang boleh dipercayai seperti yang telah diterangkan.
3. Jika kisah-kisah kerasulan dan peperangan tersebut diriwayatkan secara mursal atau tanpa sanad, dan bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan secara bersanad dan sohih, maka kita berpegang kepada hadis yang sohih itu, melainkan jika ada perkara yang kuat yang mentarjih qaul Ibnu Ishak.
4. Jika kisah-kisah kerasulan dan peperangan tersebut diriwayatkan secara mursal atau tanpa sanad, dan tidak ada sebarang sumber lain yang bercanggah dengannya, maka Ibnu Ishak lebih berautoriti dan lebih didahulukan berbanding ulama’ selainnya dalam masalah ini. Dan kata-katanya dalam perkara ini dianggap sebagai hujah.
Inilah manhaj yang diambil oleh ulama’-ulama’ Islam yang telah mengumpul jalan dan sanad periwayatan seperti Amirul Mukminin Fil Hadis Ibnu Hajar Al-Asqolani. Kerana inilah kita mendapati beliau mendahulukan hadis sohih dari khabar yang diriwayatkan oleh ahli sirah – yang antara mereka itu adalah Ibnu Ishak. Beliau menyebut dalam kitab Fathul Bari: “Pendapat yang mengatakan bahawa khabar yang diriwayatkan dalam ilmu sirah lebih kuat dari hadis sohih adalah tertolak.”
Namun, jika tidak terdapat sebarang riwayat yang sohih sanadnya berkenaan sesuatu peristiwa, seperti kisah penebusan tawanan perang Badar, maka kita boleh berpegang dengan kata-kata Ibnu Ishak. Ibnu Hajar sendiri telah menegaskan hal ini secara tidak langsung melalui kata-katanya: “Sesungguhnya Ibnu Ishak telah menyebutkan secara terperinci akan peristiwa penebusan tawanan perang Badar, dan apa yang disebutkannya itu sudah mencukupi dan memadai.”
Ibnu Ishak dan gurunya Az-Zuhri
Dan ingin kami jelaskan di sini bahawa dakwaan yang mengatakan Ibnu Ishak banyak beriktimad kepada gurunya Az-Zuhri dalam ilmu sirah adalah satu dakwaan yang tidak jelas dan tidak dapat dibuktikan berdasarkan nuskhah sebahagian kitab beliau yang telah dijumpai dan dicetak. Kami telah mengira kisah-kisah yang beliau riwayat melalui jalan periwayatan Az-Zuhri dan ternyata kisah-kisah tersebut hanyalah lebih kurang 15 buah kisah. Dan kisah-kisah ini kebanyakannya disebut dalam kitab hadis sohih dan sunan-sunan, dan tidak terdapat antara kisah ini satupun yang tidak diketahui, bahkan kesemuanya adalah kisah yang makruf. Hal ini mendokong dan menguatkan kata-kata Imam Al-Baihaqi berkenaan Ibnu Ishak: “Dan Muhammad Bin Ishak; jika beliau menyebut satu hadis yang beliau riwayat, dan ternyata perawi yang menyampaikan hadis itu seorang yang tsiqah, maka hadis beliau itu baik sanadnya.”
Kami juga mendapati dalam nuskhah sebahagian kitab ini yang telah tercetak terdapat banyak penambahan yang yang dilakukan oleh Yunus Bin Bakir, dan terdapat beberapa penambahan dari Ahmad Bin Abdul Jabbar yang beliau nukil dan riwayat dari Yunus Bin Bakir.
Kesimpulannya, kitab Ibnu Ishak ini adalah kitab yang terbaik dan yang paling banyak memberi manfaat dalam ilmu sirah sejak dahulu sehinggalah ke hari ini. Walaupun kita tidak dapat membacanya dan mentelaahnya secara sempurna, tetapi apa yang telah sampai ke tangan kita melalui Ibnu Hisyam yang meriwayatkan ilmu sirah Ibnu Ishak dengan perantaraan Abu Muhammad Ziyad Bin Abdullah Al-Bakkai telah memberikan gambaran umum bagi kitab tersebut. Dan Al-Bakkai merupakan seorang yang dipercayai dalam ilmu sirah seperti yang telah diakui oleh ramai ulama’. Oleh itu, tidak akan timbul dakwaan yang mengatakan sirah yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam adalah tidak sohih.
Ibnu Hisyam telah menyebut manhaj beliau dalam menyusun ringkasan Sirah Ibnu Ishak: “Aku meninggalkan kisah-kisah yang disebut oleh Ibnu Ishak yang tidak ada sebarang kaitan dengan Rasulullah, dan tidak ada kaitan dengan Al-Quran serta sebab penurunan Al-Quran, dan bukan juga penafsiran bagi Al-Quran, serta bukan bukti-bukti yang menyokong kebenaran Al-Quran. Ini adalah untuk meringkaskan kitab ini. Aku juga meninggalkan syair-syair yang tidak makruf disisi ahli syair, dan begitu juga beberapa perkara yang tidak elok untuk disebut, kisah-kisah yang memburukkan sebahagian manusia, dan kisah-kisah yang mana guruku Al-Bakkai tidak mengiktiraf riwayatnya. Dan aku berusaha sedaya upaya untuk mengumpulkan sebanyak mungkin selain dari perkara yang telah disebutkan…”
Beliau telah menjelaskan di beberapa tempat kalimat-kalimat asing, atau nama yang tidak dikenali yang terdapat dalam kitab Ibnu Ishak. Beliau juga ada bercanggah pendapat pada beberapa tempat, dan beliau juga membetulkan perkara yang dilihat salah dalam kitab tersebut.
Ramai ulama’ dari zaman dahulu sehinggalah hari ini mengambil berat akan kitab Sirah Ibnu Hisyam, ada yang mensyarah kitab ini, ada yang meringkaskannya, ada yang mentakhrij hadis-hadisnya, dan ada yang menambah baik isinya. Antara ulama yang telah berjasa besar dalam menambah baik kitab ini adalah Al-Hafiz Mus’ab Bin Muhammad Bin Mas’ud. Beliau telah menghuraikan lafaz-lafaz yang susah dan asing yang terdapat dalam kitab ini. Syarah beliau yang ringkas dan padat ini telah diberi nama Al-Imla’ Al-Mukhtashor Fi Syarhi Gharib As-Sirah.
Tidak lupa juga Syarah Imam Abdur Rahman As-Suhaili Al-Andalusi yang dikebumikan di Marrakech, Maghribi. Kitab beliau ini yang diberi nama Ar-Raudhul Unuf adalah syarah bagi Mukhtashor Ibnu Hisyam. Ia adalah sebuah kitab yang amat bernilai, sarat dengan ilmu dan faedah, penuh dengan penerangan darjat sohih dan dhoif, kaya dengan penerangan masalah Bahasa dan nasab keturunan, serta memudahkan perkara-perkara yang susah. Imam Az-Zahabi (748H) telah meringkaskan Ar-Raudhul Unuf dan menamakan kitab beliau tersebut Bulbul Ar-Raudh.
Wallohul Waliyyut Taufiq Ila Sabilul Huda
Sirah ibnu ishaq yg asli, tidak mungkin dapat kita baca, bahkan sirah setelahnya yg ditulis kembali oleh ibnu Hisyam, hampir tidak mungkin dapat ditemukan.. Sirah2 yg ada saat ini sudah sangat jauh dari sirah aslinya yg ditulis ibnu Ishaq, karena sudah terlalu banyak di edit/dihilangkan catatan/bukti sejarahnya.. Seperti halnya sejarah raja2, sisi negatifnya tidak pernah terungkap...
BalasHapusKenapa Sirah ibnu Ishaq diedit atau di ringkas? Akan menjadi pertanyaan apakah dikarenakan suhu perpolitikan dizaman itu ikut mempengaruhi?
BalasHapus